muatkan tarikh

email : toklimbung@yahoo.com

FORUM HAPRAK

KEZALIMAN BN

ALBUM HAPRAK

ARKIB HAPRAK



PILIHANRAYA DATANG LAGI,DI KUALA BERANG KITA BERKAMPUNG
Dengan Kematian Cik gu Din,pada Jumaat 30 Julai 2004 lalu maka tidak boleh tidak satu pilihanraya kecil mesti diadakan semula di N23 Kuala Berang.Samada SPR telus atau tidak,jujur atau jahat namum jika PAS memikirkan patut maka patutlah PAS menyertai Pilihanraya kecil ini.Begitu juga Umno samada mereka suka atau tidak,samada sedih atau suka hakikatnya pada 28 Ogos ini satu pilihanraya kalau Allah izin maka satu pertembungan juga akan berlaku.Kalau strategi PR11 dulu masih menjadi untuk umno,kalau konspirasi antara SPR ,JPN dan BN masih relevan maka dengan mudah umno boleh menang di Kuala Berang.Kalau ikut kenyataan Deris Jusoh,seolah olah beliau yakin bahawa SPR dan JPN masih boleh diperkudakan.Sebab itu beliau berani sebut majoriti BN boleh melebihi 2000.
      Namum begitu,biarpun berkeyakinan tapi soal pemilihan calon masih menjadi isu utama di Kuala Berang.Ketika minum kopi di sebelah bangunan Umno pada hari sabtu 7 Ogos banyak sangat nama nama yang disebut.Antara yang sangat disebut sebut adalah sdr Rosli Zakaria anak kelahiran Kg Buloh dan merupakan graduit UPM tetapi bertugas di Kuala Lumpur,namum diberitakan Tengku Putra tak berkenang dgn Si Rosli.Cik gu Rasol yang cadangkan nama itu.Rosli adalah seorang pemuda yang pernah gagal di UUM,kemudian belajar di UPM dalam diploma Pendidikan,kemudian melanggar arahan Jabatan Pendidkan yang mengarahkan beliau mengajar di Kuching Sarawak.
Kemudian beliau bekerja denganJabatan Agama Wilayah bahagian Zakat.Sekarang bertugas sebagai Pendaftar Kolej Baitulmal.Namum begitu TG Putra tidak senang dengan Rosli,beliau bimbang sejarah 1999 dimana ABI - Abdullah Ismai l walaupun hebat tetapi berada diluar(hebat diluar)Rakyat Kuala Berang tetap tolak.Lagi pun sejarah Rosli ni tak berapa baik di Kuala Berang,selain pernah berceramah untuk S46 pada pilihanraya 1995,Rosli juga merupa seorang yang ego ,pongoh,berlagak.
Calon kedua yang disebut adalah Saiful Bahari bin Mahari.Merupakan seorang guru dan ahli perniagaan ,mengajar malas tapi kuat main politik dalaman,iaitu suka melaga lagakan orang.Pada tahun 1990 Saiful adalah ketua Pemuda S46 Hulu Terengganu bersama dengan Sanusi Dato'Mahmud.Dengan rekod beliau yang tidak mampu mendekati masyarakat kampung juga merumitkan BN.Beliau berlagak macam Koperat.
Ketiga ialah Cikgu Zawawi Bin Ismail-seorang yang panas barang berasal dari kampung telaga,tidak ada jawatan di peringkat Bahagian cuma aktif di kampung,kawan sekolah Tg Putra dan beliau amat disenangi oleh Tg Putra.

Kempat ialah anak bekas veteran Umno iaitu anak Hj Ab Rahman.Dia ni pernah juga bersama S46 kemudian aktif umno di Johor,Tg Putra tak senang,Rasol Tak senang tapi rakyat nampak macam boleh terima.

Seterusnya seorang peneroka yang kini bergelar ahli perniagaan,Beliau adalah Zakari Ali,anak kelahiran Tanjung Sabtu,Manir tiada pendidikan,berniaga dengan modal Bank,hutang Bank sangat banyak,musuh utama Tg Putra dalam Umno Hulu Trg tapi merupakan teman rapat Deris Jusoh.

seterus nya cikgu Fatimah ketua wanita Hulu Terengganu,nampak macam beria ia nak,cik gu Zali suami dia pun dah mula round kampung untuk test market,tapi Tg Putra nak bagi laluan ke?

Siapa siapa pun calon Umno Pas Jangan kira sangat,yang penting PAS kena kerja kuat disamping terus solat hajat dan berdoa mulai sekarang.

 

Aku- Memikirkan hikmat Allah kenapa baru 4 bulan BN memerintah,ada pilihanraya,kenapa di Terengganu dan Di Kuala Berang dimana tempat berjumpanya batu bersurat?kenapa ye?ayuh sama sama kita fikirkan dan kita jadikan panduan untuk memenangkan Islam di Kuala Berang.



Abdullah Mat Zin, Ust Wan Ahmad,Ust Ramli Noh dan Ust Kamal Tersempit di celah Had Hari
      Hampir 2 bulan mengusai Terengganu,Umno BN bertempik riuh ke  utara tapi belum lagi ke selatan,di selatan nampak sepi sikit.Pusat Jualan ramalan nombor sudah tidak tersorok lagi,anak muda beromen dan berpeluk peluk dan raba raba tidak setakut dulu.Meminum  arak di khalayak ramai tidak menjadi kesalahan pun,malah ada yang nak tunjuk tunjuk berbangga dengan air kencing syaitan itu.Konsert rock yang anak muda terlanja lanja macam beruk kena belacan pedas pula menjadi kegilaan dan routing bagi anak muda melayu.Kalau Dulu bertungkus lumus Ketua Polis Negeri mencegah lumba haram,kini lepas balik tengok konsert lumba berjalan dengan selesa.
         Sehingga kini saya tidak mendengar sedikit pun ulasan dan ucapan dari ulamak muda yang beru saja bergelar YB tu.Nak kata akhbar tutup berita mereka,mustahil rasanya.Kita nak dengar ustaz kamal dan ustaz Ramli Noh ulas sikit lah bab konsert,babjudi ,bab minum arak di khalayak ramai,malah bab beromen secara terbuka ni lah.
         Ustaz rasa seronok sangat ke Bergelar YB dulu gaji RM2100.00 sekarang RM 4000.00 serta banyak elaun dan roadtax free pulak,sampai ustaz ustaz berdua ni lupa nak jenguk jenguk apa jadi dengan rakyat yang menganut mazahab Had-hari ni.Kalau ustaz ada kelapangan sila sila lah  jenguk anak melayu sedang mabuk mabuk bersama air kencing syaitan di Restoran Depan ibu Pejabat BSN Kuala Terengganu,Foodcourt sebelah Parking Kompleks Kg Tiong dan di Restoran komplek Kg Ladang,Pusat snooker Plaza Perdana.Ustaz boleh lihat dengan mata lendir sendiri,ustaz ikut contoh bekas YB ustaz Saiful Bahari yang sentiasa berjalan melihat rakyat bahawan tanpa di sedari.Selepas ustaz tengok tempat tu,ustaz ambil sikit masa lalu dekat pokok mempelam besardepan komplek kampung tiong,sebelahan restoran melayu disitu pesta ramalan nombor sangat hebat dan meriah tanpa segan silu ada yang datang dengan kereta besar ada yang datang dgn motosikal malah ada yng bebasikal dan berbeca.Selepas itu ustaz jauhkan sikit jalanan ke Jalan Petani terus ke belakang hotel bintang,disitu sudah ada kaunter terbuka dan papan iklan berakaitan sukan teka angka,si tua bongkok pun ada datang membeli,seterusnya mari lah ustaz jenguk sebelah kedai roti martabak dekat Astaka Tanjung,ada sebuah kedai kecil sebelah kedai gunting tu,kedai tersebut ada kereta mini buruk di depanya,ustaz boleh beli nombor di kedai tu...ustaz beli banyak banyak bagi pada rakyat DUN tepuh dan DUn Sura,mana tau kut ada rezeki mereka boleh menang,itu kan kebajikan juga namanya.Dah banyak ustaz berjalan,tapi ustaz boleh claim perbatuan tanpa had,tak macam masa jadi Pegawai tadbir agama zaman dulu claim pun kena potong.

Lepas  round round kat bandar,mari kita berehat dan ambil angin di pantai Batu Buruk,tapi kita tak ke sebelah pantai,kita kat sebelah pokok nyiur yang kecil kecil,kita boleh lihat ada anak muda berehat rehat bersama pasangan sambil bersalam hidung dan tangan merayap rayap,Ustaz Ramli banyak buat pendakwaan dulu,masa tu mazahad Had-Hari tak ujud lagi.Malah mereka tak rasa takut macam zaman Pemerintahan PAS,kerana masa tu ,pegawai syariah sukarela berkeliaran di sekitar itu.Tapi Zaman Mazahab Had-hari ni,rakyat boleh uji iman dengan sendiri tanpa pencegahan dari kerajaan. 
   Lepas tu waktu malam ustaz gi lah jalan jalan kat pantai Tok Jembal,lalu lah ikut asrama KUSTEN lihat pesta pengamal Mazahab Had- Hari sangat hebat,di Pantai Pak Sabak Ustaz Kamal boleh juga jeguk jenguk tengok apa anak muda kita buat.Terus menyusuri pantai hingga ke Sura Hujung ...Fuhhhh UITM pulak ada pesta couple di tepi pantai....

Aku - Termenung jauh mengenangkan nasib masa depan anak anak muda yang seronok dengan mazahab Had-hadari

 

 

 

Assalamualaikum,
Untuk teman teman peminat laman ini,saya bagi pihak webmaster dulu Tuan Haji Haprak memohon
kemaafan yang tidak terhingga kerana sepanjang kempen Pilihanraya beliau hanya sempat mengemaskini laman ini hanya dua kali,selepas keputusan pilihanraya tidak menyebelahi PAS,Tuan Haji Haprak terus menyepikan diri.Beliau terkejut dengan keputusan pilihanraya ke-11 kerana diluar dugaan,malah saya yakin umno BN sendiri juga terkejut dengan keputusan ini.Mereka tak sangka samasekali,kerana mereka tidak mengetahui komspirasi pihak atasan.Malah menurut Tuan Hj Haprak  perancanagan ini sama selari dengan gerakan menjatuhkan Dato'Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu. Untuk sementara saya telah diamanahkan oleh Tuan Haji Haprak untuk mengendalikan laman ini sepeninggalan beliau berada di perantauan.
          Saya akan cuba mengemaskini laman ini sebaik mungkin mengikut berita dan rencana yang dihantar oleh penulis cyber,saya sendiri tidak mampu untuk menulis.Saya tidak mampu untuk mencari maklumat dan berita sendiri tanpa sumbangan dari penulis cyber sekelian.Oleh itu anda semua diminta menyumbang apa jua berita dan rencana untuk sama sama kita kongsi bagi menghadapi gerombolang yang pasti mengganas di Bumi Darul Iman ini.
Lihatlah belum sampai sebulan BN memerintah Terengganu,sudah berapa ramai pegawai yang dipecat,pegawai yang nak melapordiri di tolak, berapa buah Masjid sudah dirampas,imam dihalang menjalankan tugas,MB sudah bermewah mewah dengan pertukaran perabut di Tingkat 16 Wisma Darul Iman,semua bayaran premiun tanah yang telah diluluskan disekat,JKKK merampas dan menguci balairaya daripada belajar kelas fardu Ain,Seri Iman tidak diduduki,istana Tamu dibaiki mencecah RM 1 Juta untuk di duduki MB Deris Jusoh,Kompleks Seri Iman dinaikan Bendera Umno menggantikan Bendera Terengganu,Menghalau Pengarah Yayasan Islam dari bertugas...dan banyak lagi yang akan sama sama kita pamparkan untuk manafaat bersama.

Sekian Terima Kasih
Tok Limbung
toklimbung@yahoo.com

Terima Kasih Kerana Mengundi PAS
Syabas dan tahniah kepada semua yang masih memberi undi kepada PAS pada pilihanraya umum ke 21 mac 2004 yang lalu.Sesungguhnya undi anda itu akan menjadi saksi bahawa anda menolak kerajaan batil dan mengundi kerajaan yang telah mendaulatkan Al-Quraan dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi undang undang tubuh kerajaan Terengganu.Alhamdulillah kita telah laksanakan janji kita untuk menjadi Aquraan dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi.Apakan daya masih ramai yang tidak mahu kepada kedaulatan Islam.Anda tidak tertipu dan terpedaya dengan dajjal yang menjanjikan roti untuk menyesatkan anda,anda yang menggudi PAS adalah mereka mereka yang dipelihara Oleh Allah,mereka yang terpilih,mereka yang menang dari dibeli Oleh wang ringgit.Syukurlah kepada Allah,anda ada harga diri.
Kita tunggu dan lihat apakah apa yang dibuat oleh Kerajaan PAS dulu akan dipinda semula oleh Umno BN?apakah perwartaan AlQuraan dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi akan di batalkan semula?apakah lesen judi halal akan dibuka semula?Apakah lesen arak akan diberikan secara terbuka seperti sebelum tahun 1999?
    Dan yang pastinya diberitakan bahawa konsert rock yang melalaikan akan diadakan pada masa terdekat,itulah yang menjadi kegilaan kepada anak anak muda ,menjadi pujaan puteri puteri umno,biarlah melalak,biar rosak akhlak anak muda islam,Biar ustaz RAmli Noh,biar Ustaz Kamal Abdullah,biar Ustaz Wan Ahmad keluarkan fatwa itu semua adalah paling tidak diharuskan oleh "islam Hadhari"Mampukah Mereka bertiga menegur kemungkaran yang dilakukan oleh sahabat sahabat lain dalam BN.
     Lihatlah semenjak tiada lagi penguatkuasa syariah sukarela,anak anak muda kita semakin berani berkhalwat,nung dipantai teluk ketapang anak anak muda sungguh berani berpeluk pelukan,di Pantai Mengabang Telipot,anak muda seperti berada di dataran merdeka,tak ada segan silu....Apakah tindakan Ustaz Ramli Noh?lupa kah beliau ketika menjadi pendakwa Syariah dulu????Apakah Allah tidak bertanya ustaz ustaz didalam kerajaan sekarang?Atau mereka terlepas dari hukum hukum itu?
Sekian Sebagai Permulaan tulisan saya dalam siaran ini

Terima Kasih

Uzair